Friday, 30 August 2013

HIASILAH DIRIMU DENGAN KEINDAHAN JIWA SEBAGAIMANA INDAHNYA ALAM SEMESTA

,
Keindahan bintang-bintang yang bertaburan di langit sangat menawan hati. 

Setiap keindahan berlaku mengikut waktu dan ketikanya. Keindahan pagi tidak sama 

dengan keindahan senja. Keindahan matahari ketika terbit berbeza  

dengan keindahan 

waktu terbenamnya. Keindahan malam purnama berbeza dengan keindahan malam tanpa 

cahaya bulan. Keindahan langit yang cerah berbeza dengan keindahan langit yang 

diliputi awan. Bahkan keindahan itu berbeza pada waktu tertentu dengan  

waktu yang 

lain, pandangan tertentu dengan pandangan yg lain. Tetapi, semuanya adalah 

keindahan yamgm menawan setiap hati yang memandangnya.  

Ada bintang yang letaknya berasingan dan bersendirian, seperti mata yang indah 

yang sedang memancarkan cinta membara. Sementara jauh di hujung sana, ada dua 

bintang yang menyendiri dan jauh dari taburang bintang yang lain. Ada juga 

bintang-bintang yang berkumpul saling berpelukan dan menyebar di sana sini, 

seolah-olah sedang mengadakan perbincangan di dada langit.  

Dalam pada itu, ada bulan yang tersenyum simpul dan tenang pada satu malam. 

Ada bulan yang bercahaya terang pada malam tertentu, dan ada pula bulan yang 

kecil dan redup pada malam yang lain. Ada bulan yang kecil dan akan membesar 

pada 

malam selepas itu. Ada pula bulan yang mengecil dan terus hilang pada malam yang 

lain.  

Manusia tidak akan pernah bosan memandang ruang angkasa. Sesungguhnya, itulah 

keindahan yang diberi kepada manusia daripada Sang Pencipta untuk mereka 

menikmatinya. Bagaimanapun, manusia tidak mempunyai kalimat yang cukup untuk 

menggambarkan keindahan tersebut.
Alhamdulillah ! ^^



p\s: Terima Kasih!!







Read more

NiQab yg Menutup Wajah itu Satu Perjuangan

,


~ Sebuah perkongsian pengalaman seorang pelajar IPT

Dewan kuliah besar pauh putra tiba-tiba sunyi dan senyap setelah seorang professor menolak pintu.

Aku yang sedang membelek-belek jadual waktu mengangkat wajah.

Menyoroti langkah pensyarah ke bahagian hadapan dewan sambil membetulkan dudukku.

Aku capai buku nota kuliah di dalam beg galas yang berada dihujung kaki.

"Assalamualaikum dan selamat pagi..welcome back to a new semester.

Tahniah kerana anda menjadi pelajar saya dan selamat datang ke kuliah pertama untuk subjek thinking skill"

Ujar lelaki yang usianya dalam lingkungan 40-an.

Dia melemparkan senyum kepada seisi dewan.

Lontaran salam itu dijawab oleh pelajar yang hampir memenuhi dewan.

Aku menjawab perlahan yang tahap bunyinya hanya mampu didengar oleh diriku sendiri.

Ada senyuman yang megah meniti di bibirnya.

Aku mengerutkan dahi.

Cepat2 aku istighfar.

Tak mahu bersangka buruk kepada seseorang yang baru sahaja aku kenal.

"Ok class. My name is Professor Madya Dr Rashid Salleh.

I am your lecturer for this subject.

Hmmm..hari ini saya tidak bercadang untuk mengajar anda semua.

Kuliah kita yang sebenar akan bermula pada minggu depan.

Minta anda semua menanda kehadiran pada hari ini yaa.."

Prof Rashid menghulurkan beberapa helaian kertas yang terdapat senarai nama untuk ditanda kehadiran oleh pelajar-pelajar yang hadir pada hari itu.

"Ok....let's start ice breaking!!"

sambungnya sambil memandang ke arah tengah dewan.

Lebih tepat lagi ke arah tempat dudukku.

Anak matanya mati tepat ke arahku.

Waktu itu aku menundukkan pandanganku.

Sudah aku tahu apa yang bermain di fikiran lelaki hampir separuh usia itu.

Debaran mula dirasai.

Nafasku tidak menentu di sebalik cebisan kain yang menutupi wajahku.

"I want to start from right. Please introduce your name, hometown and your course."

Fuhhhhh!!..Aku melepaskan nafas lega.

Risau jika aku dipanggil ke depan dan diminta keluar dewan kerana penampilan aku sebegini..

ALhmdulillah...

Tidak seperti yang dijangkakan oleh fikiran.

Seorang demi seorang pelajar memperkenalkan dirinya sehinggalah sampai kepada giliran aku.

"Saya Ummu Ummairah binti Abu Bakar. Berasal dari Kelantan.

Pelajar dari kejuruteraan kimia."

Aku merasakan dewan kuliah besar itu sunyi sepi.

Udara yang memasuki hidungku terasa dingin.

"Hmmm...kamu tahukah yang peraturan universiti di Malaysia ini tentang larangan berpurdah di dalam kawasan kampus..??"

Tanya Prof Rashid tenang.

Tiada terlalu kuat.

Tapi kedengarannya di telingaku cukup sinis.

Aku berdiri sambil menundukkan kepala.

Mataku pejam rapat2 seketika untuk mencari kekuatan.

Aku mengangguk perlahan.

Tidakku pasti samada pensyarah berjaket biru gelap itu melihat anggukanku kerana dia sudah mula mengatur langkah kembali ke depan dewan.

Sunyi.

Pelajar semua diam. Dan aku tersangat yakin yang semua mata sedang memandang ke arahku.

"Saya bagi kamu pilihan.....samada kamu ingin membuka purdah kamu atau kamu mahu meninggalkan dewan kuliah ini dan menggugurkan subjek saya.

Saya pantang jika pelajar melanggar peraturan."

Tersentak aku.

Tidakku sangka aku diberi pilihan yang sebegitu oleh seorang pensyarah yang beragama "ISLAM"

Seseorang yang hidupnya sebagai seorang Islam.

Ya ALLAH.....KAU berikanlah aku kekuatan!

"Untuk membuka purdah ini...itu jauh sekali.

Jika kehilangan nyawa sekalipun belum tentu saya akan membukanya.

Saya minta maaf prof....

Saya memilih untuk meninggalkan dewan sekarang.

Tapi saya tidak akan menggugurkan subjek ini.

Prof hanya perlu bagitau saya kelas thinking skill yang mana lagi selain kelas prof saya boleh ikuti jika prof tidak mahu saya menjadi pelajar prof."

Tenang dalam ketegasan aku saat itu.

Hanya pandangan mata yang redup yang mampu aku pamerkan.

Riak wajahku takkan mampu dibacanya.

Kelas sunyi dan terus sunyi.

Aku duduk dan megambil nota-notaku diatas meja dan memasukkannya ke dalam bag tanpa mempedulikan sesiapa.

Aku sedayanya cuba mengawal suaraku untuk mengelakkan diri dikatakan biadap.

"owh ya??...selalunya orang yang bersikap macam inilah yang menghancurkan organisasi.

Menghancurkan negara kerana keengganan untuk mematuhi peraturan.

Kamu pelajar dan kamu terikat dengan peraturan di sini."

sinis kata-kata itu.

Aku terkaku.

Ya ALLAH..sungguh..aku sedang diuji..

Dan aku harus pertahankannya.

Aku harus membuka mata hatinya tentang hakikat sebuah peraturan.

"Kenapa harus mematuhi peraturan yang digubal manusia yang mengikut kehendak dan kemahuan diri sedangkan manusia itu sendiri tidak mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar.???

Kenapa pelajar tidak boleh untuk berpurdah dan mengamalkan sunnah seperti yang telah diajar oleh Islam.???"

Soalku penuh kelembutan.

Begitulah sifat yang ada padaku.

Dalam marah dan tegas itu ada kelembutan yang aku sendiri tidak pasti dari mana lahirnya.

Prof Rashid memandang tepat ke arahku sambil membetulkan kaca matanya..

Disilang tangannya ke dada..

"Dan kenapa kamu memilih untuk berpurdah??

Apa tidak ada sunnah lain yang boleh kamu ikut selain berpurdah??

Banyak keburukannya untuk institusi pendidikan di Malaysia.

Apa wajah kamu terlalu cantik untuk dipamerkan??.."

Ada ketawa kecil dan sinis kedengaran memenuhi seisi dewan.

Ketawa yang dibuat-buat itu buat hati aku sedikit terusik.

Mungkin tercalar dan sakit..

Aku tarik nafas sedalamnya, cuba mencari ketenangan di dalam dada sebelum bersuara untuk sekelian kalinya.

"Maafkan saya sekali lagi prof.

Bukan saya mahu berlagak pandai dan bijak kerana saya tahu prof jauh lebih bijak dari saya.

Tapi satu perkara yang prof harus tahu yang ada 3 sebab untuk berniqab.

Pertama seseorang itu berniqab kerana kecantikan dan kejelitaan wajahnya sehingga wajahnya menjadi fitnah dan tarikan seorang lelaki sehingga menaikkan syahwat.

Dalam keadaan ini wajib untuk dia berpurdah.

Kedua, diharuskan seseorang itu untuk berpurdah kerana memiliki wajah yang kurang cantik@ mempunyai kecacatan pada wajahnya sehingga dia menjadi bahan ejekan, cacian dan hinaan.

Oleh sebab itu dia mahu menutup keaiban dirinya.

Yang ketiga, berpurdah bagi seseorang yang merasai dia mampu untuk menjaga dan memelihara kecantikannya hanya untuk tatapan suaminya..

Juga menjadi ibadah dan sama dengan perbuatan isteri-isteri Rasulullah saw dan para nabi.

Itu amat digalakkan.

Alhamdulillah..saya bukanlah dalam kategori perempuan yang csntik dan jelita paras rupa sehingga menjadi tarikan para lelaki.

Dan syukur pada ALLAH kerana saya juga bukan dalam golongan yang mempunyai kecacatan pada wajah yang menyebabkan saya untuk menutup keaiban itu..

Tapi saya memilih purdah itu kerana sebab yang ketiga.

Kerana ibadah ikhlas kerana ALLAH..

insyaALLAH.."

Dewan masih lagi sunyi saat aku menghabiskan kata-kata terakhirku.

Sungguh! Aku sudah tidak betah untuk terus berada di situ.

Aku sandang begku ke bahu dan terus melangkah menuruni tangga dewan menuju ke pintu keluar.

Aku memberhentikan langkah berhampiran prof Rashid.

"maafkan saya andai ada terkasar.

maafkan saya andai menyakitkan hati prof.

Prof harus tahu.

Kita hamba ALLAH..bukan hamba pada manusia....

assalamualaikum.."

Aku terus mengatur langkah keluar.

Waktu itu Prof kelihatan kematian kata.

Aku tidak tahu apa yang berlaku di dalam dewan selepas itu.

"Alhamdulillah.."

Terpancul lafaz yang mulia dan damai itu..

Benar..

Aku lega dan tenang kerana aku sudah lakukan sesuatu yang aku rasakan betul.

Rahmat ALLAH seperti bersamaku saat itu..

Kaki terus aku atur pulang ke kolej kediaman.

Dalam hati terdetik..'Akanku terus berjuang untuk secebis kain ini kerana cinta dan kasihku padaMU ya ALLAH..


p\s: Sekadar untuk update, sibuk dgn nak exam. Takdan nak update selalu. InsyAllah lepas exam nie, bleh la nak        update selalu dgn apa2 cita yang baqu.Takdan nak kaqang. Asif Jiddan.
Read more

Tuesday, 9 July 2013

'PENCAPAIAN' PERAMPAS KUASA RAKYAT

,
Photo: 'PENCAPAIAN' PERAMPAS KUASA RAKYAT

'Pencapaian' dalam tempoh dua hari rampasan kuasa tentera:

1) Menggulingkan seorang Presiden dalam pilihanraya pertama pertama yang disertai oleh 26 juta pengundi yang telus dan menggantikannya dengan seorang yang tidak dikenali iaitu Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Perlembagan, Adli Mansour.

2) Membatalkan Perlembagaan yang telah disertai oleh 18 juta rakyat.

3) Membubarkan Dewan Senat yang dipilih oleh 8 juta pengundi.

4) Menutup 27 buah stesen televisyen dan sebahagian terbitan akhbar.

5) Membunuh 53 orang penyokong Presiden Mursi di seluruh Mesir hingga semalam dan mencederakan lebih 5,000 yang lain.

6) Melarang khatib-khatib yang terdiri dari aliran Islam seperti Syeikh Muhammad Hasan menyampaikan khutbah.

7) Menangkap 28 orang pemimpin parti-parti Islam (termasuk Ikhwan Muslimin) dan menyenaraikan 500 orang yang lain dalam "senarai larangan musafir ke luar negara".

Sumber: Halaman rasmi FJP Pusat'Pencapaian' dalam tempoh dua hari rampasan kuasa tentera:

1) Menggulingkan seorang Presiden dalam pilihanraya pertama pertama yang disertai oleh 26 juta pengundi yang telus dan menggantikannya dengan seorang yang tidak dikenali
Read more

Saturday, 4 May 2013

Wasiat Imam Syafi'e

,

WASIAT IMAM SYAFI'E

Antara pesanan dan juga kata-kata yang akan menjadi pedoman kepada kita melalui petikan beberapa pesanan dan peringatan daripada imam muktabar iaitu imam As-Syafi'e rahimahullah

1. Ilmu adalah sesuatu yang bermanfaat
Read more

Thursday, 21 March 2013

Tip-Tip Untuk bangun Tahajjud

,


1. Melakukan Qailulah Sebelum Zohor
Qailulah ini bukanlah sejenis makanan mahupun minuman, sebaliknya ia adalah sejenis perbuatan yg dinamakan tido sebentar (quick nap) sebelum Zohor. Contohnya waktu Zohor masuk pada pukul 1.15 pm, maka rehat untuk makan tengahari lebih kurang pukul 1.00 pm itu boleh digunakan untuk qailulah. Kalau nak makan, maka makan la lepas Zohor.. takyah berebut2 lelaki pompuan nak beli makan kat kafe.
Read more

Friday, 23 November 2012

Pemahaman antara hudud &qisas

,

Pengertian Hudud - Dari segi bahasa hudud bererti menahan atau mencegàh. Dan segi segi istilah hudud ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan AsSunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah. 

Jenis-jenis jenayah Hudud dan hukumannya :
[ 1 ] Zina - Persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dengan perempuan.Hukuman : Bagi penzina yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat 100 kali. Bagi penzina yang telah berkahwin hendaklah direjam sehingga mati...
[ 2 ] Qazaf (menuduh zina) - Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik. Hukuman : sebat 80 kali...
[ 3 ] Minum arak - Meminum minuman yang memabukkan dan boleh menghilangkan kewarasan akal. Hukuman : sebat 40 kali...
[ 4 ] Mencuri - Mengambil harta orang lain secara senyap atau sembunyi. Hukuman : potong tangan...
[ 5 ] Merompak - Mengambil harta orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan ancaman. Hukuman : sekiranya membunuh hendaklah dibunuh, sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah dipotong tangan dan kakinya secara bersilang iaitu tangan kanan dan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan seterusnya. sekiranya hanya menganggu ketenteraman awam hendaklah dipenjara....


Pengertian Qisas - Dari segi bahasa qisas bermaksud memotong. Dan segi syarak bererti hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas A1-Quran dan Hadis-hadis Nabi saw. kerana kesalahan­-kesalahan yang melibatkan hak individu.

Jenis jenayah Qisas Dan Hukumannya :
Kesalahan-kesalahan yang diwajibkan hukuman qisas ialah membunuh dengan sengaja dan mencederakan anggota tubuh badan seperti mencederakan mata, hidung dan telinga. Hukuman : seseorang penjenayah mesti diikuti dengan hukuman yang sama sepertimana dia lakukan ke atas mangsanya. Kalau ia membunuh maka dia mesti dihukum bunuh. Dan Diat adalah denda yang wajib dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti qisas.

[ Realisasikan Amar Makruf Nahi Mungkar ] ... ALLAH HUAKBAR !
Read more

Thursday, 22 November 2012

Hudud

,

Hudud wajib ke Atas Pemerintah.
Faham-faham je lah.
(Tekan read more.)
Read more

Friday, 28 September 2012

Tazkirah.

,
Rasullulah S.A.W bersabda.(lebih kurang macam ini):
jangan kamu berfikir tentang musibah yang Allah berikan pada waktu pagi.

 ini kerana,seolah-olah kita tidak berpuas hati dengan musibah@ujian yang Allahdatangkan kepada

kita.Allah bersabda di dalam Al-Quran bahawa Allah S.W.T tidak akan memberi musibah kpd hamba

-hambanya melebihi kemampuan hambanya itu,contohnya seseorang itu hanya mampu menanggung musibah

hanya sebanyak 40%,Allah tidak akan memberi musibah melebihi kemampuannya itu.

Kita haruslah bersabar dengan setiap musibah@ujian yg Allah berikan.Ujian yg Allah timpakan kepada kita

 ini terlalu sedikit berbanding para nabi dan rasul pada zaman dahulu.Contohnya,Nabi Ayub,Allah telah

memberikan kekayaan yg banyak kepada Nabi Ayub.Nabi Ayub mempunyai kebun kurma,ladan unta dan

anak-anak yg ramai.Nabi Ayub berkahwin dgn 4 orang wanita dan mempunyai 18 orang anak,setiap anak

nabi Ayub dilahirkan secara berpasangan.Pada suatu ketika, Syaitan la'natullah yang dengki kepada Nabi

Ayub telah meminta kepada Allah supaya membenarkannya utk menguji Nabi Ayub.(dipendikkan

cerita)Allah telah membenarkan Syaitan.Mka turunlah Syaitan ke dunia dgn keizinan Allah utk menuji Nabi

Ayub.Syaitan telah memanggil semua iblis-iblis di bumi ,lalu syaitanmembahagikan mereka kepada 3

kumpulan.Kumpulan yang pertama syaitan mengarahkan mereka untuk pergi ke kebun Nabi Ayub

dan kumpulan yang kedua pergi ke ladang unta nabi ayub dan kumpulan yang ketiga pergi ke meja tempat

makan anak-anak nabi Ayub.Pada hari prtama syaitan pergi ke Nabi Ayub untuk menghasutnya.Pada ketika

itu Nabi Ayub sedang solat.Syaitan berkata bahawa kebun Nabi Ayub terbakar.Nabi Ayub x

mempedulikannya.selepas selesai solat.Nabi Ayub berkata kpd syaitan bahawa Allah yg memberikepadanya

kebun itu maka dia berhak utk mengambilnya drpd aku.Maka syaitan menyuruh kumpulan iblis yg pertama

membakar kebun Nabi Ayub.Bergitulah hari yg kedua,sewaktu nabi Ayub sedang solat. syaitan datang

menghasutnya bahawa unta-unta dikebunnya telah mati.Nabi Ayub x mempedulikannya.selepas selesai

solat.Nabi Ayub berkata kpd syaitan bahawa Allah yg memberikepadanya ladang unta itu maka dia berhak

utk mengambilnya drpd aku.Maka syaitan menyuruh kumpulan iblis yg kedua membunuh semua unta  Nabi

Ayub.Begitulah juga hari yang ketiga,sewaktu nabi Ayub sedang solat. syaitan datang menghasutnya bahawa

anak-anak nabi Ayub telah mati memakan racun.Nabi Ayub x mempedulikannya.selepas selesai solat.Nabi

Ayub berkata kpd syaitan bahawa Allah yg memberikepadanya anak-anak itu maka dia berhak utk

mengambilnya drpd aku.Maka syaitan menyuruh kumpulan iblis yg ketiga meracun anak-anak Nabi

Ayub.Selepas itu Syaitan berbincang dgn iblis cara-cara utk Nabi Ayub lupa kpd Allah walaupun

sedetik.Mereka mengambil keputusan utk mengsantau Nabi Ayub.Dipendekkan cerita,Nabi Ayub tlh

mendapat penyakit kulit yg paling hebat yg mana tidaka ada seorang pun mendapat penyakit kulit seperti

Nabi Ayub @ lebih drpd Nabi Ayub.Setelah 83 tahun nabi Ayub Bersabar dgn ujian Allah itu Allah

mengutuskan Maa'laikat Jibril dgn membawa 2 buah delima daripada syurga kepada Nabi Ayub.

(Dipendekkan crita)Setelah itu Nabi Ayub telah sihat dan hidup seperti sediakala berkat kesabaran Nabi

Ayub.Sabar itu sebahagian daripada Iman,Allah amat menyayangi hamba-hambanya yg bersabar.

Sekian.wallah hu a'lam

Harap maaf jika ada salah dan silap atau apa-apa sahaja kelemahan diri ni.

Yang baik itu daripada Allah dan kekurangan itu daripada Allah kepada saya untuk membaiki diri ini.
Read more

Friday, 10 August 2012

Sifat Mazmumah(Tercela)

,

Imam Ghazali menggariskan sifat mazmumah kepada beberapa bahagian.

1.Gemar makan dan minum: nanti dah kenyang, susah nak buat ibadah..haha cuba tengok cam iklan "eno"..tak ke susah..pastuh kalau dah terlebih kenyang rasa nak tidur jerk.. penjelasan saintifik : sebab time hormon insulin tukarkan starch (makanan yg korang makan) jadi glycogen, akan ada satu hormone yang menyebabkan kita ngantuk keluar sekali.


2.Banyak berkata-kata (yang sia-sia): ngumpat, menghina, dusta dan bertengkar dalam kategori nih yerk. Banyak berkata-kata benda yang sia-sia nih sangat x cool ye rakan-rakan. Bila korang kutuk kawan korang, sebenarnya korang yang memburukkan diri korang, menampakkan betapa busuknya korang.


3.Marah : nih kes orang yang tak sabar la nih...hati-hati !! syaitan akan selalu mencucuk-cucuk korang..agak-agak tengah marah pergi la amek wudhuk kasi cool sikit..
kalau tengah marah time berdiri,duduk, kalau x ok jugak, baring secara mengiring plak.


Suatu hari, seorang sahabat Rasulullah datang berjumpa dengan baginda untuk meminta nasihat. "Jangan marah" jawab Rasulullah. Baginda mengulang ayat yang sama sebanyak tiga kali.


4.Hasad, dengki dan iri hati : yang nih plak disebabkan rasa kurang senang dengan nikmat yang dikecapi oleh orang lain. Kita seharusnya belajar bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. kepada kita. Rezeki yang Allah dah kasi kat kita pun tak reti nak bersyukur, nak banyak-banyak lagi plak.


5.Kasih pada harta : hey, tak salah kalau kaya dan mewah, tapi kalau bakhil, tamak dan membazir tuh yang x molek tuh... try-try lah sedekah harta anda ok, supaya sifat kedekut tuh dapat dikikis.


6.Takbur: Antara sebab takbur ialah keturunan, kekuasaan, kecantikan, kekayaan, kepandaian, pengaruh dan kuat beribadat (menunjuk-nunjuk).


7.Riyak: Sifat ni plak disebabkan orang nak bagi orang lain nampak yang dia nih buat amalan baik-baik semata-mata nak pujian, pangkat, dan kedudukan. Buatlah ibadat ikhlas kerana Allah S.W.T. sang pencipta bukan untuk manusia,yang hanya hamba kepada yang Esa.


8.Ujub: sifat sombong yang selalu ada kat orang yang soleh sebab rasa cam dah banyak beramal dan beribadah. Ujub nih boleh makan amal soleh kita tau..takutkan ?


9.Kasih akan dunia: sikap inilah yang menyebabkan rakan-rakan kita diPalestine, Selatan Thai, Mindanao, Bosnia Herzegovina, Cechnya, Kashmir, Iraq, Afghanistan dan kini di Libya sengsara akibat ditindas oleh musuh-musuh Islam, walhal bilangan kita ramai. Rasulullah pernah meramalkan perkara ini 1500 tahun yang lalu:


 Dari Tsauban bin Bajdad, ia berkata bahwa Rasulullah saw bersabda, “Hampir saja bangsa-bangsa berkumpul menyerang kalian sebagaimana mereka berkumpul untuk menyantap makanan di dalam dulang. Salah seorang sahabat bertanya, “Apakah karena sedikitnya jumlah kami pada saat itu?” Beliau menjawab, “Bahkan pada saat itu jumlah kalian banyak, tetapi kalian seperti buih, buih aliran sungai. Sungguh Allah benar-benar akan mencabut rasa takut pada hati musuh kalian dan sungguh Allah benar-benar akan menghujamkan pada hati kalian rasa wahn.” Kemudian seseorang bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah wahn itu?” Beliau menjawab, “Cinta kepada dunia dan takut mati.” (H.R. Abu Daud dan Ahmad)


Bila kita terlampau kasih akan dunia dan hati berpaut kepada kesenangan duniawi, maka kita akan takutkan mati. Dari Abu Hurairah r. a katanya: 'Rasulullah s.a.w bersabda: 'Dunia Penjara Bagi Orang Mukmin dan Syurga Bagi Orang Kafir.'


P.S~ doa2 agar kita tak mempunyai sifat-sifat mazmumah nih dalam diri kita, sebaliknya sifat-sifat mahmudah yang mendampingi kita..amin...
Read more

Thursday, 5 July 2012

Tanda-tanda Orang Dibenci ALLAH

,
~ia mengatakan bahawa kejahatan yang telah dia lakukan hanya kecil.
~ia merasakan a'mal ibadat yang dia lakukan sudah cukup.
~ALLAH menjadikan perasaan tidak berasa bersalah di atas kejahatan yang dilakukannya.
*orang yang beriman,apabila dia membuat dosa@kejahatan dia berasa seperti gunung jatuh menimpanya.
Manakala orang yang tidak beriman pula dia akan berasa seperti lalat yang datang dan berada di hidungnya
lalu lalat itu akan pergi tanpa meniggalkan sebarang kesan keatasnya.
Read more

Sunday, 27 May 2012

Think it....

,
Apabila kamu melihat orang yang lebih tua daripada kamu,maka tidak syak lagi dia lebih mulia daripada kamu kerana lebih banyak amalan yang dia lakukan.Dan apabila kamumelihat orang yang lebih muda daripada kamu, maka tidak syak lagi dia lebih mulia daripada kamu kerana lebih sedikit dosanya daripada kamu.
                                                           (Daripada Imam Ghazali)
Read more

Thursday, 5 April 2012

Sakaratulmaut.

,
• Tanda 100 hari sebelum sakaratulmaut.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

• Tanda 40 hari sebelum hari mati.

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

• Tanda 7 hari.

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

• Tanda 3 hari.

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

• Tanda 1 hari.

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

• Tanda akhir.

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Wallahua’lam..
Read more

Mai la join.


Sembang-Sembang

 

ABDULLAH_1419h Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger