Friday, 23 November 2012

Pemahaman antara hudud &qisas

,

Pengertian Hudud - Dari segi bahasa hudud bererti menahan atau mencegàh. Dan segi segi istilah hudud ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan AsSunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah. 

Jenis-jenis jenayah Hudud dan hukumannya :
[ 1 ] Zina - Persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dengan perempuan.Hukuman : Bagi penzina yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat 100 kali. Bagi penzina yang telah berkahwin hendaklah direjam sehingga mati...
[ 2 ] Qazaf (menuduh zina) - Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik. Hukuman : sebat 80 kali...
[ 3 ] Minum arak - Meminum minuman yang memabukkan dan boleh menghilangkan kewarasan akal. Hukuman : sebat 40 kali...
[ 4 ] Mencuri - Mengambil harta orang lain secara senyap atau sembunyi. Hukuman : potong tangan...
[ 5 ] Merompak - Mengambil harta orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan ancaman. Hukuman : sekiranya membunuh hendaklah dibunuh, sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah dipotong tangan dan kakinya secara bersilang iaitu tangan kanan dan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan seterusnya. sekiranya hanya menganggu ketenteraman awam hendaklah dipenjara....


Pengertian Qisas - Dari segi bahasa qisas bermaksud memotong. Dan segi syarak bererti hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas A1-Quran dan Hadis-hadis Nabi saw. kerana kesalahan­-kesalahan yang melibatkan hak individu.

Jenis jenayah Qisas Dan Hukumannya :
Kesalahan-kesalahan yang diwajibkan hukuman qisas ialah membunuh dengan sengaja dan mencederakan anggota tubuh badan seperti mencederakan mata, hidung dan telinga. Hukuman : seseorang penjenayah mesti diikuti dengan hukuman yang sama sepertimana dia lakukan ke atas mangsanya. Kalau ia membunuh maka dia mesti dihukum bunuh. Dan Diat adalah denda yang wajib dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti qisas.

[ Realisasikan Amar Makruf Nahi Mungkar ] ... ALLAH HUAKBAR !
Read more

Thursday, 22 November 2012

Hudud

,

Hudud wajib ke Atas Pemerintah.
Faham-faham je lah.
(Tekan read more.)
Read more

Mai la join.


Sembang-Sembang

 

ABDULLAH_1419h Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger