1. Melakukan Qailulah Sebelum Zohor
Qailulah ini bukanlah sejenis makanan mahupun minuman, sebaliknya ia adalah sejenis perbuatan yg dinamakan tido sebentar (quick nap) sebelum Zohor. Contohnya waktu Zohor masuk pada pukul 1.15 pm, maka rehat untuk makan tengahari lebih kurang pukul 1.00 pm itu boleh digunakan untuk qailulah. Kalau nak makan, maka makan la lepas Zohor.. takyah berebut2 lelaki pompuan nak beli makan kat kafe.
Kelebihan qailulah ini dapat memberi sedikit kerehatan kepada badan sbb dah beberapa jam duduk bekerja / belajar. Bila badan cukup rehat, maka mudah nak berjaga dan bukan asyik nak terlelap je mata. Bila cukup rehat, lepak kat katil pun tak terasa nak tido.. tapi kalau badan dah penat, tengah berdiri dalam bas pun boleh berdengkur.. kihkih
2. Tidur Awal
Konsepnya mudah.. kalau nak bangun awal, maka tidolah awal.. tapi banyak juga yg menyalahi konsep.. iaitu tido awal, tapi bangun lewat jugak. Namun, kebiasaannya, kalau kita tido awal, maka kita akan bangun awal dalam keadaan puas hati. Kalau tido lewat, biasanya kita akan bangun lewat dalam keadaan badan lesu. Kalau tido lewat, tapi bangun awal, kejap2 mata nak terpejam (ini biasa berlaku kat student.. jadi burung hantu malam2 layan FB, lepas tu tido dalam kuliah.. bila lecturer tanya kenapa mengantuk, boleh plak dia kata sbb bangun tahajjud.. kihkih). Tidurlah seawal mungkin iaitu selepas selesai solat Isyak. Makruh sebenarnya bercakap2 perkara lagha selepas Isyak.. sbb lepas Isyak itu adalah waktu untuk berehat (dan bukannya waktu untuk ziarah ke, gi makan kat mamak ke dsb). Bayangkan, kalau kita tido pukul 9 malam (dah tentu ada orang tegur dah buang tebiat ke.. kihkih), kita biasanya akan terbangun pada pukul 3 pagi (sbb tido yg cukup paling kurang 6 jam). Jadi, kita pun akan bangun dengan gembira ria untuk menunaikan solat tahajjud, kemudian beberapa jenis solat sunat lagi, baca al-Quran, zikir dsb.. kemudian boleh sambung study dalam sejam dua sementara masuk waktu Subuh. Hidup akan jadi lebih berdisiplin dan teratur.
3. Niat Nak Bangun Tahajjud
Pengalaman Ustaz Love sendiri, kalau sebelum tido kita dah niat nak bangun tahajjud pada sekian2 waktu, maka kita akan terbangun (mcm dikejutkan) pada waktu yg kita nak bangun tu. Ustaz Love pun tak pasti ada kaitan dengan saka ke tak (kihkih), tapi bila kita dah berazam, kemudian bertawakkal kepada Allah, insyaAllah, Allah akan memakbulkan azam kita itu.
4. Kunci Jam Loceng
Kita jangan berharap kosong saja (harap nak bangun.. tapi takde apa2 ikhtiar). Salah satu ikhtiar adalah dengan mengunci jam loceng. Bagi mereka2 yg duduk hostel (sebilik dengan kawan) sebaik2nya dapatkan dulu persetujuan roommate untuk kunci jam.. agar bunyi jam tu tak mengganggu tido beliau. Jangan pulak kita pandai2 nak bagi dia terkejut kononnya nak suruh dia bangun tahajjud jugak. Kita yang nak bangun tahajjud, kenapa kita nak susahkan orang lain pulak? Kena jaga2 bab ni.. jangan sampai disebabkan perbuatan kita, orang jadi menyampah nak amal agama. Kalau member tak setuju kunci jam (atau nampak mcm dia keberatan), maka kunci la henset.. tapi buat mode vibrate (getar).. simpan dalam poket seluar.. biar kita sorang je yg bergetar bila dah tiba waktunya..
5. Amalkan Adab Tidur
Antara adab tidur yang patut kita amalkan adalah tido dalam keadaan berwudhuk. Sebelum tido, luangkan masa membaca al-Quran sekurang2nya baca surah as-Sajdah dan surah al-Mulk. Kemudian membaca Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x dan Allahu Akbar 34x. Kemudian membaca 3 Qul (al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas) lalu ditiupkan ke tapak tangan dan disapukan ke seluruh badan. Kemudian tidur mengiring rusuk kanan ke bawah. InsyaAllah, mudah je nak bangun berbanding kalau tido terlentang.. silap2 cicak pun boleh masuk dalam mulut yang ternganga.. kihkih..
6. Tutup Mata
Memang la kan.. mana ada orang tido bukak mata.. sang kancil je yg tido mata terbuka ni (sang kancil bukanlah sejenis orang.. kihkih). Maksud Ustaz Love, boleh guna spek mata kain yg besar tu (biasa ada dalam kit penerbangan).. supaya mata kita tak terganggu dengan silau lampu ke (kalau tiba2 member bukak lampu). Sebab tido yang terganggu (kejap2 terjaga) boleh menyebabkan keletihan pada badan dan mata akan jadi mengantuk (walaupun dah tido 6 jam). Jadi, sebaiknya elakkan gangguan pada mata dan telinga (elakkan tido sambil mendengar mp3) dan dapatkan tido yang berkualiti.
7. Pesan Kat Member Suruh Kejut
Yang ni antara kaedah yang paling berkesan.. nak lagi sadis, boleh pesan kat member, kalau nampak mcm liat je nak bangun, amik spray air, spray je kat muka.. kihkih..
Bagi yang baru berjinak2 nak solat tahajjud, buatlah slow2.. seminggu sekali ke dulu, kemudian naik sikit jadi seminggu dua kali.. sampai la boleh istiqamah tiap2 hari.. kalau kita tak biasa buat, lepas tu buat kerap2, nanti akan menyebabkan kita mengalami masalah kesihatan (sbb tubuh manusia perlukan penyesuaian). Even orang yang nak berhenti hisap rokok pun kena slow2.. kalau tak nanti akan mendatangkan mudarat kepada tubuhnya lebih cepat sekiranya dia berhenti merokok serta-merta.
Sebab itu, bagi yang dah istiqamah solat tahajjud, maka hukumnya makruh jika meninggalkan solat tahajjud itu.. manakala makruh juga bagi yang tidak biasa bangun malam untuk solat tahajjud, melakukannya secara istiqamah setiap hari.. kerana ia akan mengganggu kesihatan tubuh badan.