Keindahan bintang-bintang yang bertaburan di langit sangat menawan hati.
Setiap keindahan berlaku mengikut waktu dan ketikanya. Keindahan pagi tidak sama
dengan keindahan senja. Keindahan matahari ketika terbit berbeza
dengan keindahan
waktu terbenamnya. Keindahan malam purnama berbeza dengan keindahan malam tanpa
cahaya bulan. Keindahan langit yang cerah berbeza dengan keindahan langit yang
diliputi awan. Bahkan keindahan itu berbeza pada waktu tertentu dengan
waktu yang
lain, pandangan tertentu dengan pandangan yg lain. Tetapi, semuanya adalah
keindahan yamgm menawan setiap hati yang memandangnya.
Ada bintang yang letaknya berasingan dan bersendirian, seperti mata yang indah
yang sedang memancarkan cinta membara. Sementara jauh di hujung sana, ada dua
bintang yang menyendiri dan jauh dari taburang bintang yang lain. Ada juga
bintang-bintang yang berkumpul saling berpelukan dan menyebar di sana sini,
seolah-olah sedang mengadakan perbincangan di dada langit.
Dalam pada itu, ada bulan yang tersenyum simpul dan tenang pada satu malam.
Ada bulan yang bercahaya terang pada malam tertentu, dan ada pula bulan yang
kecil dan redup pada malam yang lain. Ada bulan yang kecil dan akan membesar
pada
malam selepas itu. Ada pula bulan yang mengecil dan terus hilang pada malam yang
lain.
Manusia tidak akan pernah bosan memandang ruang angkasa. Sesungguhnya, itulah
keindahan yang diberi kepada manusia daripada Sang Pencipta untuk mereka
menikmatinya. Bagaimanapun, manusia tidak mempunyai kalimat yang cukup untuk
menggambarkan keindahan tersebut.
Alhamdulillah ! ^^
p\s: Terima Kasih!!