Friday, 10 August 2012

Sifat Mazmumah(Tercela)

,

Imam Ghazali menggariskan sifat mazmumah kepada beberapa bahagian.

1.Gemar makan dan minum: nanti dah kenyang, susah nak buat ibadah..haha cuba tengok cam iklan "eno"..tak ke susah..pastuh kalau dah terlebih kenyang rasa nak tidur jerk.. penjelasan saintifik : sebab time hormon insulin tukarkan starch (makanan yg korang makan) jadi glycogen, akan ada satu hormone yang menyebabkan kita ngantuk keluar sekali.


2.Banyak berkata-kata (yang sia-sia): ngumpat, menghina, dusta dan bertengkar dalam kategori nih yerk. Banyak berkata-kata benda yang sia-sia nih sangat x cool ye rakan-rakan. Bila korang kutuk kawan korang, sebenarnya korang yang memburukkan diri korang, menampakkan betapa busuknya korang.


3.Marah : nih kes orang yang tak sabar la nih...hati-hati !! syaitan akan selalu mencucuk-cucuk korang..agak-agak tengah marah pergi la amek wudhuk kasi cool sikit..
kalau tengah marah time berdiri,duduk, kalau x ok jugak, baring secara mengiring plak.


Suatu hari, seorang sahabat Rasulullah datang berjumpa dengan baginda untuk meminta nasihat. "Jangan marah" jawab Rasulullah. Baginda mengulang ayat yang sama sebanyak tiga kali.


4.Hasad, dengki dan iri hati : yang nih plak disebabkan rasa kurang senang dengan nikmat yang dikecapi oleh orang lain. Kita seharusnya belajar bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. kepada kita. Rezeki yang Allah dah kasi kat kita pun tak reti nak bersyukur, nak banyak-banyak lagi plak.


5.Kasih pada harta : hey, tak salah kalau kaya dan mewah, tapi kalau bakhil, tamak dan membazir tuh yang x molek tuh... try-try lah sedekah harta anda ok, supaya sifat kedekut tuh dapat dikikis.


6.Takbur: Antara sebab takbur ialah keturunan, kekuasaan, kecantikan, kekayaan, kepandaian, pengaruh dan kuat beribadat (menunjuk-nunjuk).


7.Riyak: Sifat ni plak disebabkan orang nak bagi orang lain nampak yang dia nih buat amalan baik-baik semata-mata nak pujian, pangkat, dan kedudukan. Buatlah ibadat ikhlas kerana Allah S.W.T. sang pencipta bukan untuk manusia,yang hanya hamba kepada yang Esa.


8.Ujub: sifat sombong yang selalu ada kat orang yang soleh sebab rasa cam dah banyak beramal dan beribadah. Ujub nih boleh makan amal soleh kita tau..takutkan ?


9.Kasih akan dunia: sikap inilah yang menyebabkan rakan-rakan kita diPalestine, Selatan Thai, Mindanao, Bosnia Herzegovina, Cechnya, Kashmir, Iraq, Afghanistan dan kini di Libya sengsara akibat ditindas oleh musuh-musuh Islam, walhal bilangan kita ramai. Rasulullah pernah meramalkan perkara ini 1500 tahun yang lalu:


 Dari Tsauban bin Bajdad, ia berkata bahwa Rasulullah saw bersabda, “Hampir saja bangsa-bangsa berkumpul menyerang kalian sebagaimana mereka berkumpul untuk menyantap makanan di dalam dulang. Salah seorang sahabat bertanya, “Apakah karena sedikitnya jumlah kami pada saat itu?” Beliau menjawab, “Bahkan pada saat itu jumlah kalian banyak, tetapi kalian seperti buih, buih aliran sungai. Sungguh Allah benar-benar akan mencabut rasa takut pada hati musuh kalian dan sungguh Allah benar-benar akan menghujamkan pada hati kalian rasa wahn.” Kemudian seseorang bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah wahn itu?” Beliau menjawab, “Cinta kepada dunia dan takut mati.” (H.R. Abu Daud dan Ahmad)


Bila kita terlampau kasih akan dunia dan hati berpaut kepada kesenangan duniawi, maka kita akan takutkan mati. Dari Abu Hurairah r. a katanya: 'Rasulullah s.a.w bersabda: 'Dunia Penjara Bagi Orang Mukmin dan Syurga Bagi Orang Kafir.'


P.S~ doa2 agar kita tak mempunyai sifat-sifat mazmumah nih dalam diri kita, sebaliknya sifat-sifat mahmudah yang mendampingi kita..amin...
Read more

Thursday, 5 July 2012

Tanda-tanda Orang Dibenci ALLAH

,
~ia mengatakan bahawa kejahatan yang telah dia lakukan hanya kecil.
~ia merasakan a'mal ibadat yang dia lakukan sudah cukup.
~ALLAH menjadikan perasaan tidak berasa bersalah di atas kejahatan yang dilakukannya.
*orang yang beriman,apabila dia membuat dosa@kejahatan dia berasa seperti gunung jatuh menimpanya.
Manakala orang yang tidak beriman pula dia akan berasa seperti lalat yang datang dan berada di hidungnya
lalu lalat itu akan pergi tanpa meniggalkan sebarang kesan keatasnya.
Read more

Sunday, 27 May 2012

Think it....

,
Apabila kamu melihat orang yang lebih tua daripada kamu,maka tidak syak lagi dia lebih mulia daripada kamu kerana lebih banyak amalan yang dia lakukan.Dan apabila kamumelihat orang yang lebih muda daripada kamu, maka tidak syak lagi dia lebih mulia daripada kamu kerana lebih sedikit dosanya daripada kamu.
                                                           (Daripada Imam Ghazali)
Read more

Thursday, 5 April 2012

Sakaratulmaut.

,
• Tanda 100 hari sebelum sakaratulmaut.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

• Tanda 40 hari sebelum hari mati.

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

• Tanda 7 hari.

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

• Tanda 3 hari.

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

• Tanda 1 hari.

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

• Tanda akhir.

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Wallahua’lam..
Read more

Friday, 30 March 2012

Usaha?

,

Berusaha keras mencari dari mana mereka mengambil gambar gunung yang ada dekat duit seringgit
tu......akhir nya jumpa juga.Inilah baru
Read more

Pemimpin

,


































Tika engkau diangkat menjadi pemimpin,
Tunaikanlah hak anak buahmu..
Tugas itu adalah amanatmu..

Read more

Thursday, 29 March 2012

Lawatan

,

 



Telah diadakan sebuah rombongan yang dianjurkan oleh asrama
Read more

Wednesday, 30 November 2011

Salam Ma'al Hijrah

,



Barang siapa yang meringankan bebab sahabatnya,pahalanya seperti beiktikaf di dalam masjid selama sebulan.
Read more

Tuesday, 22 November 2011

Manusia

,
Assalammualaikum.Pertama kali dan selama-lamanya marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukukuran kepada ILAHI
Read more

Mai la join.


Sembang-Sembang

 

ABDULLAH_1419h Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger